Friday 13 September 2013

Sukacita atau Dukacita



Assalammualikum w.b.t

Setelah sekian lama aku menanti benda ni,akhirnya harini benda tu diumumkan. Nak tahu apa??hahah keputusan UPU untuk orang yang MERAYU-RAYU-RAYU mcm aku ini. Aku takdelah nak menaruh harapan setinggi gunung pasal benda ni. Harapan nak belajar memang tinggi,tapi semua tu Ketentuan Allah. Kalo dapat alhamdulillah,kalo xdpt nak buat cmne. Hampir setiap hari aku mencelah, menjelajah, menengok, meng apa la kat page UPU ni. Nak tahu jugak la bila sebenar-benarnya keputusan tu keluar.


Muhammad Ridwan's photo.

Dari link https://jpt.unimas.my/ inilah aku cuba untuk mengetahui keputusan aku tu. Berdebar-debar jugaklah aku masa nak tahu keputusan tu. Haha tapi sebab nak tahu sangat tu, aku teruskan jugak. Owh lupa nak ckp yg keputusan ni diumumkan pukol 12 tgahari. Aku dah start on9 pukol 10 lagi sebab nak tahu punya pasal. Ok,masa aku nak tekan teruskan tu, hahh dah keluar dah keputusan dia dan aku dah agak dah apa keputusan dia. Hahaha SUKACITA TAU DUKACITA??


Dukacita dimaklumkan bahawa anda TIDAK BERJAYA dalam Permohonan Rayuan ke IPTA bagi Sesi Akademik 2013/2014 


Nahh tengok la,aku dah siap besarkan lagi. hahaha memang dukacita la weiii. Ni dah 3 kali aku kecewa masa nak mohon UPU nie. Nak wat cmne,mungkin xde rezki. kadang terpikir jugak,wat apala aku belajar betol-betol sampai dapat cgpa 3.75. 3.75 kot,penat aku belajar last minit setiap sem. Haha mungkin pihak UPU nak cgpa 4 kot, xpon 4.1. Xpela, aku nak apply tok intake FEB pulak. kalo masih xdapt,mohon tok intake SEPT taun depan pulak. kalo msih xdpt,benti terus dari mohon benda tu. haha aku tahu bkn aku sorg je yang BERDUKACITA harini, ramai lagi yang nasib sama mcm aku, lagi-lagi budak POLITEKNIK.


Budak poli lah yang sangat-sangat bernasib malang kalo nak sambung degree ini. Kitorng hanya layak untuk mengisi kekosongan budak-budak matrik asasi yang terlebih pandai cerdik ala-ala bodo gitu yang menolak tawaran belajar sebab dapt course yang lari dari yang dimintak. haha nak buat mcm mana,dah nasib badan. huhu lagi 1, untung la orang yang dapt tawaran belajar, tapi menolak sebab dapat Universiti Malaysia Sarawak & Universiti Malaysia Sabah. sebab apa??sebab takot xdapat 'SURVIVE DUDOK DALAM HUTAN'. kesian orang yang fikiran mcm nie, dudok dalam kemuduran.


ok,dahlah dengan luahan rasa kecewa aku harini, tp ap-ap pun tahniahla kat korang yang dapat sambung belajar untuk intake ini. yang xdapat tu, cuba lain kali lah yew....


p/s JOMMM KERJAAA!!!






No comments:

Post a Comment